Sunday 28 April 2019

Cabaran Surirumah berbisnes.


Teks: Shafiqah Razak
.
Menjadi surirumah sudah mempunyai pelbagai tugasan yang perlu di selesaikan setiap hari. Mendidik anak, mengemas rumah, memasak, lipat baju, sidai baju dan macam-macam tugasan lain.

Pada mulanya saya mengambil keputusan untuk menjadi surirumah sepenuh masa untuk fokus pada terapi pertuturan anak kembar saya. Setelah setahun menjalani terapi pertuturan, si kembar menunjukkan progress yang baik. Mereka sudah boleh bertutur dan membina ayat untuk bercakap.

Apabila tujuan asal kita berhenti kerja sudah tercapai saya mencari apa lagi yang saya boleh lakukan. Ini merupakan kesilapan saya bila saya hanya mempunyai satu sebab sahaja dan tidak planning betul-betul sewaktu merancang berhenti kerja.

Maka bermulalah satu per satu percubaan untuk mengalih perhatian saya waktu tersebut. Macam macam perkara yang cuba saya lakukan. Belajar menjahit, belajar buat kuih, sediakan bahan bantu mengajar anak-anak dan akhirnya berbisnes.

Bermula dengan berniaga kuih muih yang banyak menuntut masa. Saya mula berbelah bahagi kerana anak-anak mula menunjukkan protes apabila masa saya banyak kepada penghasilan kuih muih. Kerana terlalu stress tidak mampu fokus pada anak-anak dan bisnes. Maka saya berhenti melakukan bisnes kuih muih. Hanya menumpukan perhatian kepada anak-anak.

Walaupun saya menumpukan perhatian kepada anak-anak sahaja anak-anak masih lagi kerap tidak sihat. Pelbagai jenis ubat dan supplement kami cuba untuk pertahanan badan anak-anak. Sehingga saya menggunakan essential oil untuk menyokong kesihatan kami sekeluarga.

Banyak yang saya pelajari berkenaan essential oil terutama sokongan emosi menggunakan essential oil. Bukan sahaja untuk diri malah anak-anak dan suami. Apabila lihat perubahan yang berlaku pada anak-anak saya mula berkongsi kebaikan essential oil kepada orang sekeliling. Dari situ bermulalah bisnes tanpa sedar saya sehingga kini.

Wednesday 24 April 2019

Salam perkenalan

Teks: Shafiqah Razak
Foto: Koleksi peribadi Shafiqah

Malam mercun berdentam dentum seorang wanita melahirkan bayi perempuan yang comel. Doktor Cina kata ada tuah bayi ni. Lahir nombor cantik tahun Naga. Pada tarikh 18 Feb.

Bayi comel tersebut di beri nama Norshafiqah. Sehingga kini dia masih comel kerana susuk tubuhnya kecil molek. Orang selalu anggap budak sekolah bila berjalan seorang diri. Inilah saya norshafiqah.


Rezeki mak dan abah selepas melahirkan saya sebulan. Mak dan abah dapat berpindah ke felda menjadi peneroka. Maka bermulalah hidup saya sebagai anak felda sedari kecil lagi. Waktu itu semua prasarana masih tiada. Yang ada hanya jalan merah.

Membesar dengan suasana di felda tanpa bekalan elektrik dan air paip merupakan pengalaman yang tak dapat di lupakan. Mandi paya. Elektrik dari generator jiran yang kami kongsi kegunaan pada waktu malam sekitar 2 hingga 4jam. Hanya pada umur 5 atau 6 tahun baru kami perolehi bekalan elektrik dan bekalan air paip. Memori sewaktu kecil masih lekat di ingatan.

Saya mendapat pendidikan awal di SK Bandar Easter dan kemudian SMK Bandar Easter. Nama sahaja bandar. Sebenarnya ia hanyalah nama kerana ia terletak dalam kawasan perkampungan felda. Semasa di tingkatan 4 saya mendapat tawaran untuk masuk ke asrama felda di Johor Bahru iaitu Asrama Semai Bakti Felda Johor. Terletak dia Jalan Kolam Air. Dan di hantar ke SMK Sultanah Engku Tun Aminah atau lebih di kenali sebagai SMK SETA.

Tamat sesi persekolahan kemudian menyambung pengajian di Matrikulasi Johor pada tahun 2005/06. Dan seterusnya ke peringkat Ijazah di Universiti Teknologi Malaysia Johor. Di situ belajar pelbagai ragam manusia dan berdikari dengan bekerja part time untuk menampung kos hidup sehingga habis belajar.

Memulakan dunia pekerjaan selepas graduasi adalah sangat mencabar. Bermula sebagai Fasilitator Schoolnet di SMK Sri Mersing dengan jawatan kontrak. Tamat kontrak tersebut saya kemudian menjalani beberapa latihan untuk graduan sebelum ditawarkan sebagai IT exec di sebuah syarikat swasta dan bertemu jodoh disitu.

Setelah mendirikan rumah tangga dan di kurniakan anugerah terindah kembar lelaki dan melalui pelbagai cabaran. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi sepenuh perhatian kepada kembar Muadz dan Ammar yang mengalami speech delay. Alhamdulillah Allah izinkan mereka bercakap setelah menjalani beberapa sesi terapi pertuturan.

Kini saya masih lagi memegang jawatan suri rumah sepenuh masa dan berjinak-jinak dengan perniagaan esential oil bergred Terapi. Cerita bagaimana saya mula terjebak dengan penggunaan essential oil ini akan saya kongsikan pada tulisan akan datang. Kini penggunaan essential oil dalam kehidupan harian menjadi rutin harian. Keinginan berkongsi kebaikan merupakan tujuan utama saya menulis blog ini. Saya berniat agar saya dapat berkongsi ilmu tentang essential oil dalam kehidupan harian dan menjadi inspirasi kepada orang lain. Moga usaha saya di kira sebagai saham akhirat saya nanti.