Showing posts with label Young Living Essential Oil. Show all posts
Showing posts with label Young Living Essential Oil. Show all posts

Wednesday, 15 May 2019

Ebook Jana Pendapatan dengan Blog

Teks: Shafiqah

Bidang penulisan adalah suatu yang agak sukar untuk saya. Jadi menulis di blog bukan satu pilihan untuk saya mengembangkan bisnes. Saya menggunakan medium Facebook (boleh tekan link Facebook untuk ke FB saya).

Setiap hari saya hanya berkongsi ilmu dan
pengalaman serta testimoni di sana. Setelah perkongsian demi perkongsian saya dapati ia tidak dapat di baca lagi selepas beberapa tempoh. Sayangkan. Perkongsian ilmu berlalu begitu sahaja.

Melalui pembacaan ebook Jana pendapatan dengan blog tulisan Puan Anys, perkongsian kita dapat di simpan dan di akses pada bila bila masa.

Selain itu, blog merupakan medium untuk menjana pendapatan dari pelbagai sumber walaupon kita gunakan medium blog sebagai kedai online kita. Bila orang mula membaca perkongsian di blog kita mereka lebih mudah percaya kredibiliti kita. Maka akan lebih mudah transaksi jual beli berlaku.

Selepas habis membaca ebook tersebut maka bermulalah saya menulis di blog. Semangat menulis meningkat. Setiap hari saya cuba untuk membuat perkongsian demi perkongsian. Diharap perkongsian di blog dapat dirujuk oleh lebih ramai orang.




Tuesday, 14 May 2019

Bagaimana Essential Oil bekerja

Teks: Shafiqah
Foto: Google

Ada yang bertanya pika macam mana essential oil bekerja?

Yela selalu kita bagitau dengan bau sahaja boleh merangsang emosi kita jadi tenang, ceria dan macam-macam lagi mood.

Pika terangkan macam mana essential oil bekerja berpandukan gambarajah di bawah ni.


Gambar menunjukkan hubungan antara  menghidu essential oil(eo) dengan otak.

Sistem limbik berkait rapat dengan saraf bau di dalam hidung (olfactory system) yang bertanggungjawab dalam memproses memori, emosi dan bau. Inilah sebabnya kenapa Sistem Limbik dipanggil otak emosi.

Apabila kita merangsang saraf dengan menghidu bau dari citrus seperti lemon eo ia dapat mencetuskan emosi positif.

Kita juga mempunyai gland (amygdala) yang memainkan peranan penting dalam memyimpan dan melepaskan trauma emosi. Menghidu merupakan salah satu cara meransang gland ini dalam membantu melepaskan (realeased) trauma emosi dari memori otak kita.

Contoh paling terdekat bulan puasa ni. Kita jalan-jalan cari baju raya terbau biskut dari kedai famous amos tiba-tiba teringat biskut mak kita buat masa bulan puasa masa kita kecil dulu. Terbit rasa rindu zaman kecil dulu. Haaa macam gitulah sistem ini berfungsi. Kita hidu bau dan otak kita proses memori yang tersimpan dan beri reaksi.

Nota:
1.Perlu menggunakan essential oil yang mempunyai gred teraputik untuk meningkatkan kesan pada tubuh badan kita.
2. Penggunaan sintetik atau adultreated adalah tidak digalakkan kerana boleh mengganggu sistem tubuh.


Sunday, 12 May 2019

Ramadan dan Angin

Teks: Shafiqah
Foto: Shafiqah

Bila datang Ramadan pelbagai jenis tawaran Buffet Ramadan dari Hotel, Restoran, Cafe dan pelbagai kedai makan. Semua menyediakan pelbagai juadah kecur air liur kalau di senaraikan satu per satu. Menghampiri waktu berbuka berpusu-pusu mendapatkan juadah. 

Bagi yang buat tempahan di hotel atau restoran masuk sahaja ke dewan makan hidung sudah menangkap bau yang menyelerakan. Kaki terus menuju ke meja buffet untuk mencedok juadah yang terhidang. Dalam keadaan lapar semua makanan nampak sedap, semua ingin dicuba. Berpinggan pinggan juadah di cedok dan terhidang di atas meja sehingga waktu berbuka.

Kalau anda jenis yang suka mencuba pelbagai jenis makanan dekat macam-macam kedai tu selalu prepare E**, Gav*** tu boleh cuba sediakan roller cuma perlukan DIGIZE eo dan carrier oil mix dalam roller bottle 50:50 then tadaaa. Masuk dalam purse ke poket boleh lah melangkah dengan bergaya ke tempat makan korang nak berbuka tu.

Sebelum atau selepas makan korang roll sahaja pada perut. Biarkan eo bekerja sendiri. Anda boleh solat Maghrib, Isyak dan terawikh dengan tenang. Takdelah angin naik atas sampai kepala.

Senangkan?? Memang senang sangat.
Happy tummy korang tu.


Nak rasa happy jugak ke tapi takde eo? 

Boleh pm pika.

Thursday, 9 May 2019

Keahlian Young Living

TEKS: Norshafiqah Razak








  • Di Young Living, terdapat 2 jenis keahlian iaitu keahlian Essential Reward dan keahlian Standard Order.
  • Kedua-dua jenis keahlian ini TIADA YURAN KEAHLIAN dikenakan. TIADA BAYARAN TAMBAHAN untuk menjadi ahli.
  • Anda akan menjadi ahli secara automatik apabila membuat pembelian salah satu dari pakej Standard Order dalam gambarajah di bawah. Anda boleh memilih untuk membeli Premium Starter Kit (PSK) Essential Oils, Ning Xia Red atau Thieves Range sebagai permulaan untuk mencuba produk kami. 
  • Pembelian pakej di atas secara automatik menjadikan anda ahli Young Living (di bawah keahlian Standard Order) dan anda akan serta merta mendapat faedah keahlian iaitu diskaun sehingga 24% dari harga runcit untuk semua produk kegemaran anda! Dari Essential Oils, rangkaian produk kecantikan dan kesihatan seisi keluarga, anda sememangnya layak untuk menikmati  keistimewaan ini! 
  • Tiada pembelian bulanan diwajibkan keatas anda. Beli bila perlu, berhenti jika mahu! Asalkan anda membuat pembelian sebarang produk Young Living sebanyak lebih kurang RM 260 dalam tempoh SETAHUN, akaun anda akan aktif selamanya!
  • Anda juga layak menyertai Promosi Bulanan yang Young Living lakukan setiap bulan. Promosi ini berubah setiap bulan. Sekiranya anda memenuhi syarat yang diberikan Young Living pada bulan tersebut, secara automatik, semua hadiah percuma yang YL berikan pada bulan tersebut akan menjadi milik anda.