Sunday 28 April 2019

Cabaran Surirumah berbisnes.


Teks: Shafiqah Razak
.
Menjadi surirumah sudah mempunyai pelbagai tugasan yang perlu di selesaikan setiap hari. Mendidik anak, mengemas rumah, memasak, lipat baju, sidai baju dan macam-macam tugasan lain.

Pada mulanya saya mengambil keputusan untuk menjadi surirumah sepenuh masa untuk fokus pada terapi pertuturan anak kembar saya. Setelah setahun menjalani terapi pertuturan, si kembar menunjukkan progress yang baik. Mereka sudah boleh bertutur dan membina ayat untuk bercakap.

Apabila tujuan asal kita berhenti kerja sudah tercapai saya mencari apa lagi yang saya boleh lakukan. Ini merupakan kesilapan saya bila saya hanya mempunyai satu sebab sahaja dan tidak planning betul-betul sewaktu merancang berhenti kerja.

Maka bermulalah satu per satu percubaan untuk mengalih perhatian saya waktu tersebut. Macam macam perkara yang cuba saya lakukan. Belajar menjahit, belajar buat kuih, sediakan bahan bantu mengajar anak-anak dan akhirnya berbisnes.

Bermula dengan berniaga kuih muih yang banyak menuntut masa. Saya mula berbelah bahagi kerana anak-anak mula menunjukkan protes apabila masa saya banyak kepada penghasilan kuih muih. Kerana terlalu stress tidak mampu fokus pada anak-anak dan bisnes. Maka saya berhenti melakukan bisnes kuih muih. Hanya menumpukan perhatian kepada anak-anak.

Walaupun saya menumpukan perhatian kepada anak-anak sahaja anak-anak masih lagi kerap tidak sihat. Pelbagai jenis ubat dan supplement kami cuba untuk pertahanan badan anak-anak. Sehingga saya menggunakan essential oil untuk menyokong kesihatan kami sekeluarga.

Banyak yang saya pelajari berkenaan essential oil terutama sokongan emosi menggunakan essential oil. Bukan sahaja untuk diri malah anak-anak dan suami. Apabila lihat perubahan yang berlaku pada anak-anak saya mula berkongsi kebaikan essential oil kepada orang sekeliling. Dari situ bermulalah bisnes tanpa sedar saya sehingga kini.

No comments:

Post a Comment