PENAFIAN

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang Essential Oils dan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan serta barangan rumah dari Young Living Essential Oils. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah (Food &Drugs Association) dari mana-mana negara. Produk-produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor atau pakar kesihatan mahupun dianggap sebagai preskipsi. Jika anda percaya bahawa anda mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor berkaitan untuk diagnosis dan rawatan susulan.
Memandangkan saya ada menyertakan testimonial pengguna produk di dalam blog ini, sila ambil perhatian bahawa kisah yang dikongsi oleh saya mahupun pelanggan saya adalah pengalaman peribadi kami sendiri dan Young Living tidak pernah tidak pernah sesekali mengesahkannya sebagai pengesahan rasmi. Maklumat dalam blog/laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber pendidikan sahaja dan bukannya bertindak sebagai nasihat perubatan.
Tiada sebarang tuntuan @ claims, guarantee, warranty atau assurance yang dijanjikan. Kisah yang dikongsi di dalam blog ini bukan bermaksud untuk digunakan bagi mendiagnos atau merawat penyakit, kecederaan atau dalam apa jua sekali pun menggantikan diagnosis dan rawatan perubatan. Penulis dan pengedar berkaitan tidak bertanggungjawab untuk sebarang misinterpretasi, salah pemahaman, penerimaan atau salah guna maklumat dalam blog/ laman web ini.
Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit, sila dapatkan khidmat nasihat dari doktor dan pakar nutrisi/pemakanan anda

No comments:

Post a Comment