Friday 28 June 2019

Lempeng Klasik

Hari-hari fikir nak masak apa. Paling susah fikir nak sarapan apa. Kalau makan tengahari senang sebab dah siap ada pilihan setiap kali beli barang basah.

Pagi tadi bangun Mr R bagi pandangan sebab ada lagi kuah kari semalam buatlah lempeng.

Maka kita pon bingkas bangun lepas subuh berkungfu dekat dapur. Tengah adun tu Mr R kejut anak-anak hari ni sekolah pagi. Baru tergerak nak tanya puasa ke. Sebab dia tak bangun sahur pagi tadi. Dia cakap puasa je lah sayang nak tinggal puasa 6 hari ke 5. Aduilah tak tanya awal-awal. Jadi dah terbancuh banyak.

Hermm tak pelah. Masak je la anak-anak breakfast. Tak habis bawak ke tengahari. Tak habis bawak ke petang. Sebab lempeng ni lembut je walaupon sampai petang. Dah lah senang je buat dia.

Resepi Lempeng klasik. Saja share kot la korang nak buat sendiri nanti.

Bahan-bahan:
Tepung gandum
Air tapis
Garam
Telur

Cara-cara:

Campur semua bahan sampai sebati. Cair tak cair sangat. Kalau angkat jatuh dari senduk dalam 30km/j. Hahaha. Agak2 je la. (lupa nak amik video kepekatan dia).

Lepas tu apa lagi tebarlah atas pan. Letak sikit je minyak pastu ratakan ikut besar mana nak. Buat nipis-nipis tau. Dia kalo tebal memang liat bila sejuk.

Lepas tu gulung.

Boleh makan dengan kuah kari atau sambal tumis.

Saturday 25 May 2019

Mencari Jiwa yang Hilang

Teks: Shafiqah

Mencari jiwa.
Budak-budak memang suka ketawa. Berlari melompat ketawa. Semua benda semua aktiviti mereka ketawa.
.
Tahu tak kanak-kanak ketawa 300-400kali! Mereka tahu dengan ketawa tulah ubat jiwa. Terapi jiwa. Gaduh tak sampai 5minit dah boleh main ketawa semula. 
.
Kita dewasa berapa kali ketawa? 15-17kali. Sebab tu jiwa rasa sempit. Jiwa rasa banyaknya masalah lepas tu tengok budak-budak happy pon masalah. Pufftt. Jerit suruh senyap.
.
Sebenarnya masa kanak-kanak bising ketawa, sekeliling kita frequency tinggi sangat! Yang kita dewasa patut tumpang frekuensi tu. Sebab kita selalu mikir macam-macam sampai lupa ketawa or even untuk senyum dari hati pon lupa.
.
Inner child jadikan diri berada dalam dunia anak-anak. Ya kita mencari frekuensi di dunia mereka. Cari jiwa semasa frekuensi tertinggi. Biarkan mereka ketawa. Jiwa mereka terisi. Jangan biar kosong. Kita teruskan menumpang sampai jumpa jiwa semula.



Wednesday 15 May 2019

Hari Guru pertama si kembar

Teks: Shafiqah
Foto: Shafiqah


'Hari ni 16hb kan?' tanya suami.
'Ekh yeke 16hb? Alamak lupa.' si isteri cemas.
'Kenapa?' suami pelik.
'Ammar suruh buat kek untuk Hari Guru.' sambil fikir apa nak buat ye.
.
Otak ummi berputar fikir nak bagi apa. Ganti kek untuk cikgu yang Ammar request. Dalam fikiran ada terfikir nak buat body scrub tambah eo. Tapi botol kaca tak ada. Kena cari.
.
Okay pergi jelah Mr DIY kot-kot ada botol kaca tak pon hadiah yang dah siap. Nak sedapkan hati.
.
Sampai Mr DIY tak ada benda yang di cari. Pusing-pusing cari idea. Tak ada. Akhirnya nak keluar tu lalu dekat balang lutsinar. Hah boleh la ni. Nanti singgah Speedmart beli coklat isi je dalam ni.
.
Sepanjang perjalanan explain pada Ammar Ummi tak sempat buat kek Hari Guru Ammar dengan Muadz. Kita bagi cikgu coklat je okay.
.
Ammar mula-mula minta juga kek. Tapi Muadz cakap tak apa Ammar nanti Birthday Ammar Muadz, Ummi buatkan kek. Terus Ammar setuju. Pandai betul pusing ayat ye Muadz tapi Ummi juga jadi mangsakan.
.
Sampai rumah dah pukul 11 cepat-cepat pek masuk botol tu dan balut dengan sampul. Sambil balut tu pesan dekat si kembar tu.
'Masa bagi cikgu cakap Selamat Hari Guru tau.'
.
Dua-dua angguk paham.
Tapi masa bagi tadi sepatah pon tak berbunyi. Haha. Sabar jelah anak ni.
.
Okaylah sebab anak tak ucap ummi kembarlah tolong ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu kembar. Moga terus sabar mengajar kembar yang macam-macam ragam. ❤️




Ebook Jana Pendapatan dengan Blog

Teks: Shafiqah

Bidang penulisan adalah suatu yang agak sukar untuk saya. Jadi menulis di blog bukan satu pilihan untuk saya mengembangkan bisnes. Saya menggunakan medium Facebook (boleh tekan link Facebook untuk ke FB saya).

Setiap hari saya hanya berkongsi ilmu dan
pengalaman serta testimoni di sana. Setelah perkongsian demi perkongsian saya dapati ia tidak dapat di baca lagi selepas beberapa tempoh. Sayangkan. Perkongsian ilmu berlalu begitu sahaja.

Melalui pembacaan ebook Jana pendapatan dengan blog tulisan Puan Anys, perkongsian kita dapat di simpan dan di akses pada bila bila masa.

Selain itu, blog merupakan medium untuk menjana pendapatan dari pelbagai sumber walaupon kita gunakan medium blog sebagai kedai online kita. Bila orang mula membaca perkongsian di blog kita mereka lebih mudah percaya kredibiliti kita. Maka akan lebih mudah transaksi jual beli berlaku.

Selepas habis membaca ebook tersebut maka bermulalah saya menulis di blog. Semangat menulis meningkat. Setiap hari saya cuba untuk membuat perkongsian demi perkongsian. Diharap perkongsian di blog dapat dirujuk oleh lebih ramai orang.




Tuesday 14 May 2019

Bagaimana Essential Oil bekerja

Teks: Shafiqah
Foto: Google

Ada yang bertanya pika macam mana essential oil bekerja?

Yela selalu kita bagitau dengan bau sahaja boleh merangsang emosi kita jadi tenang, ceria dan macam-macam lagi mood.

Pika terangkan macam mana essential oil bekerja berpandukan gambarajah di bawah ni.


Gambar menunjukkan hubungan antara  menghidu essential oil(eo) dengan otak.

Sistem limbik berkait rapat dengan saraf bau di dalam hidung (olfactory system) yang bertanggungjawab dalam memproses memori, emosi dan bau. Inilah sebabnya kenapa Sistem Limbik dipanggil otak emosi.

Apabila kita merangsang saraf dengan menghidu bau dari citrus seperti lemon eo ia dapat mencetuskan emosi positif.

Kita juga mempunyai gland (amygdala) yang memainkan peranan penting dalam memyimpan dan melepaskan trauma emosi. Menghidu merupakan salah satu cara meransang gland ini dalam membantu melepaskan (realeased) trauma emosi dari memori otak kita.

Contoh paling terdekat bulan puasa ni. Kita jalan-jalan cari baju raya terbau biskut dari kedai famous amos tiba-tiba teringat biskut mak kita buat masa bulan puasa masa kita kecil dulu. Terbit rasa rindu zaman kecil dulu. Haaa macam gitulah sistem ini berfungsi. Kita hidu bau dan otak kita proses memori yang tersimpan dan beri reaksi.

Nota:
1.Perlu menggunakan essential oil yang mempunyai gred teraputik untuk meningkatkan kesan pada tubuh badan kita.
2. Penggunaan sintetik atau adultreated adalah tidak digalakkan kerana boleh mengganggu sistem tubuh.


Sunday 12 May 2019

Ramadan dan Angin

Teks: Shafiqah
Foto: Shafiqah

Bila datang Ramadan pelbagai jenis tawaran Buffet Ramadan dari Hotel, Restoran, Cafe dan pelbagai kedai makan. Semua menyediakan pelbagai juadah kecur air liur kalau di senaraikan satu per satu. Menghampiri waktu berbuka berpusu-pusu mendapatkan juadah. 

Bagi yang buat tempahan di hotel atau restoran masuk sahaja ke dewan makan hidung sudah menangkap bau yang menyelerakan. Kaki terus menuju ke meja buffet untuk mencedok juadah yang terhidang. Dalam keadaan lapar semua makanan nampak sedap, semua ingin dicuba. Berpinggan pinggan juadah di cedok dan terhidang di atas meja sehingga waktu berbuka.

Kalau anda jenis yang suka mencuba pelbagai jenis makanan dekat macam-macam kedai tu selalu prepare E**, Gav*** tu boleh cuba sediakan roller cuma perlukan DIGIZE eo dan carrier oil mix dalam roller bottle 50:50 then tadaaa. Masuk dalam purse ke poket boleh lah melangkah dengan bergaya ke tempat makan korang nak berbuka tu.

Sebelum atau selepas makan korang roll sahaja pada perut. Biarkan eo bekerja sendiri. Anda boleh solat Maghrib, Isyak dan terawikh dengan tenang. Takdelah angin naik atas sampai kepala.

Senangkan?? Memang senang sangat.
Happy tummy korang tu.


Nak rasa happy jugak ke tapi takde eo? 

Boleh pm pika.

Bagaimana menjadi ahli Essential Reward?

Teks: Shafiqah

Bagaimana menjadi ahli Essential Reward?






Mudah! Selepas anda memilih Pakej Standard Order dalam gambarajah di atas, anda hanya perlu membuat pembelian produk Young Living sebanyak 100 pv dalam satu resit, samada Essential Oils, produk rangkaian kesihatan dan kecantikan, produk bayi dan kanak-kanak, produk keperluan rumah dan pelbagai lagi produk YL. Terdapat ratusan produk yang boleh anda lihat maklumatnya dalam katalog buku kami! Klik link di sini untuk memuat turun harga runcit dan harga borong di Young Living.

Essential Reward adalah satu Program kesetiaan ahli di dalam Young Living. Lebih lama anda setia bersama YL, lebih banyak ganjaran yg anda dapat seperti yang tertulis di atas.

Sebagai ahli Essential Reward, anda akan setia menggunakan produk YL setiap bulan sekurang-kurangnya dengan nilai terkumpul sebanyak 100 pv dalam satu resit. Sama seperti kedai borong, lebih banyak anda beli, lebih banyak anda jimat dan lebih ganjaran yang anda dapat!

Untuk penjelasan yang lebih lanjut tentang keahlian YL ini, hubungi saya di talian 
013 7952175 (Fiqah)! I am happy to help you start in this journey of wellness, purpose and abundance! 🙂